Tuesday, July 24, 2007

HARAPAN KU BUAT KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA






Reply with quote

BAHAGIAN 1

Assalamualaikum.....


1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi
kita.
=Berdoa agar sentiasa disayangi bukan sayang
awek-awek kat luar tu ....

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh
suami sebelumkita membuat kerja-kerja lain.
=Macam mana nak sentuh dan tegur berbuku
adalah...orang lain balik dari opis terus
balik rumah ini 'mengeteh'dgn kawan-kawan,
kita kat rumah ni dah macam apa..kita pun
kerja juga...

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara
khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari.
(jika suami dalam mood yang sesuai)
=Nak tanya apa lagi kalau dah sampai rumah
kita dah tidur,anak-anak pun dah tidur.....
nak bukakan pintu dah cukup baik.


4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan
baik dan bertanya dengan tepat.
=Nak jadi pendengar yang baik macam mana
lagi....kalau tanya banyak marah pulak
tu bohong memanjang

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah
suami. Apa yang lebih penting ialah memberi
perhatian dan simpati.
=Nampak gayanya kena biarkan dia terus kat
warung-warung atau kat dangdut atau padang golf?


6. Ruangkan masa yang betul-betul "berkualiti"
sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
= Kualiti yang mana satu tu....jumpa cuma atas
katil...cakap sambil siap nak pergi opis...
rutin tiap hari....hari minggu tolong ikut
kekawan tebas rumput 16 holes.


7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai
hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah
tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
= Tiap-tiap tahun kita buat, hari jadi, hari
anniversary....dia dapat hadiah senyum lebar kita.....
jangan harap nak dapat,lupa memanjang.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami)sekali-sekala.
= masak sendiri....makan sendiri....nasi warung
kan lagi sedap?

9. Beri pujian terhadap penampilan suami.rambut, wajah,
pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya
= Belum sempat kita puji dia dah puji diri
sendiri....katanya kalau siti nurhaliza tengok
pun boleh jatuh hati.....pirah....perasan lebih

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai.
sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
= Agak-agak bantuan yang macam mana tu...suruh
ambil kat ofis pun hand set asyik tidak aktif atau
di luar kawasan.....pepandai sendirilah.....lagilah
kalau suruh pergi kedai beli garam, alamat bertawarlah
sehari....

12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
=Aii tak kan tunggu sikit tak boleh, saya ni mananak
siapkan anak-anak susu, diapers, air panas , awak tu
cuma sebadan pun tak boleh lebih kurang?

13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat,
ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
(Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung)
=Kalau dia beritahu memang saya ucap terima
kasih setinggi gunung, (sebab tak pernah pun beritahu)

14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta
dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit
atau banyak komen. (sesungguhnya Allah sangat gembira
perbuatan yang demikian)
=Kita ni memang sentiasa membantu suami....bila-bila
dimana saja....tapi awak pernah ke terfikir nak bantu
saya....bila lagi tu..?

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami
sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
= Kita saja cakap sayang....awak tu perkataan
sayang nak tuju pada siapa....awek cyber?

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk
beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara
sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
=Bab ini rugi kalau tunggu lama-lama...nanti
hilang point takkan marah pasal tak ambil dekat
ofis semalam nak cerita esok subject lari......
straight forward!

17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya,
hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
(jika boleh)
Itu sudah mesti....kalau tak, tak boleh
kesan pembohongannya.

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh
suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat
suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
Nak pesan beli barang lebih dari3?....bawa
bakul sendiri lah pegi pasar..

19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
Kalau saya tanya dia kata nanti...sebab nak
bercit-cat,tapi kalau dia tak pernah tanya pun....
ajak tidur selalu

20 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak
7 kali sehari.
Tentu dia double meaning tu.......payah ni

21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila
ada perkara penting atau kecemasan sahaja.
Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami
menggalakkannya.
Nanti kata kita ni nak spot check pulak.....

22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,
tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu
bersendirian utk berfikir.
Selalu tu bersendirian mengadap internet....tak
cukup lagi ke?

23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik
melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
Apa yang sedang diteliti kat internet
tu.....awak surf ke mana?

24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab,
hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah).
Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
Marah tak kena masa dan tempat...ada ke marah sebab
dia sendiri tertinggal rokok dalam kereta...
apa raaa...

25. Bila meminta bantuan suami :-
* terangkan pada suami dengan jelas mengenai
kerja kerja rumah yang perlu bantuan.
* Beri pilihan kerja yang disukainya.
* jangan menyuruh-nyuruh
* gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
cakap lembut-lembut tak jalan....kena
jerit jerit @marah baru buat.....mana boleh pilih-pilih...

26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila
out-station.Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat
demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak
mendapat berita.
Tel bila dah sampai des.....siapa tak marah

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum
tidur bersama.
Kita wangi-wangi....dia busuk.....mana aci..

28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza
dgn org lain.
Orang cerita pasal rumahtangga dia cerita
pasal formula 1 mana kena...

29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa
implikasi seksual.
Bab ni payah....baru pegang dah kena
tangkap...tak faham bahasa punya..

30. Bila keluar berkereta:
* Jangan ganggu suami yang sedang memandu
(walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita
sendiri boleh memandu dgn baik.)
* jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan
selagi tidak dipinta berbuat demikian.
* jangan berleter bila suami tersalah jalan
semasa memandu.
* bersangka baik apabila tersesat jalan.

Dah memang tak tahu jalan nak diam macam
mana...bodoh sombong tu...


31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau
masalah suami.
Maasalah tak ada duit, nak tukar sport rim
baru,hand set baru....ada makna tu....
mesti minta ulur ni......baik buat-buat tak dengar

32. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila
menonton bersama suami.
Asyik bola sepak saja....boring lah

33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai
dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan
boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
macammana kalau dia yang marah-marah kita
ditengah jalan (khalayak ramai) alasan lupa
ambilkan rokok dalam kereta... ada ke patut....

34. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana
yg disukai suami.
Flash back bila kali terakhir berpegangan
tangan.....????

35. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta
dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?"
atau " Abang nak minum ke?"
Kehendaknya lah tu.....nak minum buat sendiri

36. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami
untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
Tentulah dia pilih tempat-tempat yang bagus
dan mahal untuk isteri kan.....tapi siapa yang
bayar....isterikan...

37. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan
dikhalayak ramai ketika disisinya.
Tak payah ikut lagi baik

38. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan
tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
macam mana nak cepat budak-budak tu agak-agak
siapa yang siapkan...oooo ada "amah" sukarela ke...
dah kena muntah,kena kencing budak takkan tak tukar baju...
kita saja yang berlebih kurang...mana aci....bak kunci
biar saya drive sendiri...

39. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak (jika sesuai).
Suami memang no wahid, tak ada suami tak ada anak...
tapi suami kata anak dan isteri no 10.....camnoooo

40. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa:
tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.
Bila dah dapat bolehlah melaram jumpa awek gitu?

41. Tolong suami buat kerja dia di rumah cuci kereta,
potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.
Dalam rumah dah 100% kerja, saya luar pun saya
nak tolong untung betul awak ye...dapat amah free ...
gardener free...

42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.
Bab ini yang susah sebab mesti dia wrong info....
mesti ingat kita ni nak aje....

43. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
sama seperti dia atas.....hey...bebudak tu
siapa nak jaga baby sitter pun nak cuti juga

44. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan
sesekali menempelak atau " pulangkan paku buah keras ".
Perli lah sikit...sindir-sindir kalau tak bila lagi

45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
Itu rutin dari saya tak... awak tak

46. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
Dah-dah......memang problem.....besar...nanti
kerja lain semua tak siap....

47. Layan suami sepertimana kita melayannya semasa
baru2 kenal.
Dulu layan tak ada yang kacau...sekarang ni
nak makan tu sambil menyuap anak..ataupun sambil berdiri....
minta maaf lah banyak-banyak...


wassalam....







hadis untuk wanita



Hadis Abdullah bin Umar r.a:


Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama



PERKARA YANG TIDAK SUKAI SUAMI


25 Perkara Yang Tidak Disukai Suami


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. “Hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla “

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello.. abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak “

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok ie. “eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan “

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak …. boleh singgah tak mana mana .. please “

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula
pasir … kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? “

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber… ber…. ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan “

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “.. oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. “sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. “.. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “,, nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “.. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak … then today.. then tadi.. u tau tak… semalam u nak tau…. bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah … bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla… ini semua salah you “

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. “.. eee u tau tak hubby i tu…”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “.. apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor… i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. “.. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”






TANDA-TANDA SUAMI CURANG


FAKTA
Lima Faktor Perubahan Suami


1 - Menjadi panas baran

- Jika sebelum ini, suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2 - Tiba-tiba menjadi sibuk

- Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.


3 - Sering berahsia

- Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat dan kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila telefon berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik. Siapa yang menelefon, teman lelaki kata suami! Boleh percaya ke?


4 - Semakin bergaya

- Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian!


5 - Menjadi bertambah penyayang

- Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati…



NAUZUBILLAH MINZALIK
"JAUHKAN LAH YA ALLAH SWT DUGAAN SEPERTI ITU, AMAIN."






RAHSIA ISTERI TARIK SUAMI KE RANJANG


14 Tips Tarik Suami Ke Ranjang


1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.

2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.

10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.

11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.

12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.

13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.

14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.





RAHSIA PETUA SUAMI CEMERLANG


50 Petua Untuk Jadi Suami Cemerlang


Mahu jadi suami yang disayangi oleh isteri dan berjaya dalam kehidupan dunia akhirat? Berikut ada 50 petua:

1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14) Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23) Gunakan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45) Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin jugadi rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin dipejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.




KESILAPAN PARA ISTERI


KESILAPAN ISTERI TERHADAP SUAMI


ISTERI BUKAN PENDENGAR YANG BAIK

Sudah menjadi kebiasaan orang yang sedang bercakap inginkan perhatian. Lebih-lebih lagi masalah yang diutarakan itu bersangkut paut masaalah keluarga. Tapi sayangnya isteri tidak memberikan sepenuh perhatian dengan apa yang diperkatakanoleh suaminya. Isteri pula sibuk memperkatakan hal lain bila bila suami sedang berbual dengannya. Ataupun isteri leka menonton rancangan televisyen kegemarannya tanpa mempedulikan apa yang diperkatakan oleh suaminya. Dia membiarkan suaminya bercakap bercakap seorang diri sedangkan dia asyik menonton televisyen. Adanya juga isteri yang mendengarkan setiap kata yang diucapkan oleh suaminya. Tapi sekadar mendengar tetapi tidak memberi sepenuh perhatian sehingga isteri tidak tahu apa yang diperkatakan oleh suami kepadanya. Sikap isteri yang acuh tak acuh dengan perbualan suami amat membosankan.


ISTERI SUKA MENYAMPUK PERBUALAN SUAMI

Sudah mendjadi amalan dan tabiat kaum wanita yang suka menyampuk perbualan suami. Malahan didalam pertemuan yang dihadiri oleh kaum wanita, mereka saling suka menyampuk perbualan teman temannya. Tabiat sampuk menyampuk perbualan sudah menjadi perkara biasa bagi wanita serta sukare untuknya menghindari. Begitu juga bila suami sedang berbual dan belum selesai apa yang hendak diucapkan terhenti kerana isteri menyampuk dan membawa kepada tajuk perbualan yang tidak ada kena mengena dengan apa yang dituturkan oleh suaminya.

Lama kelamaan hal ini membuat suami menjadi bosan untuk mengemukakan perbualan yang terkandas itu. Meskipun hal itu bersangkut paut dengan masalah keluarga dan rumahtangga.


ISTERI TAK ACUH DALAM MENDENGARKAN APA-APA YANG DIKEMUKAKAN OLEH SUAMINYA
Adakalanya ketika suami berbual dengan isteri, apa yang dituturkan oleh suami tidak mendapat perhatian dari suaminya. Isteri tidak mendengar dengan serius. Pada hal sebetulnya ia sedang berfikir masalah lain. Mungkin saja ia sedang berfikir tentang pakaian yang akan dikenakan pada malam minggu depan untuk menghadiri perkahwinan kenalannya.


TIDAK UPAYA MENJAGA RAHSIA

Pada umumnya wanita paling tidak suka dengan hal-hal yang dianggapnya sebagai sesuatu yang rahsia sifatnya. Tetapi, mereka juga senang menceritakan kepada orang lain. Apabila suami menganggap sesuatu yang dibicarakan dengan istrinya itu adalah sesuatu yang rahsia. Tetapi isteri menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Oleh kerana itu suami akan mengambil langkah tidak mahu menceritakan sesuatu yang berbentuk rahsia sifatnya kepada isteri.